Suatu kaum itu akan memuji perjalanan malamnya ketika pagi hari

TEKS BAHASA ARAB

عند الصباح يحمد القوم السرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi ﷺ sedang duduk bersama dengan para sahabat baginda selepas maghrib. Tiba-tiba sekumpulan manusia melalui kawasan tersebut. Pemandu mereka sedang membaca manakala ketua mereka sedang memandu unta dengan nyanyian. Sebaik sahaja Rasulullah ﷺ melihat mereka, baginda terus berdiri dan berlari anak tanpa memakai kain atas. Kemudian para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami mencukupi bagi kamu (biarkan kami sahaja pergi)”, baginda membalas: “Biarkan aku pergi untuk menyampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadaku tentang urusan mereka”. Lalu baginda pun mendapati mereka dan bertanya: “Kemanakah kamu ingin pergi pada waktu begini? Sesungguhnya Allah mempunyai kekuasaan yang agung di langit yang Dia hadapkan ke arah bumi, maka janganlah kalian bergerak, jangan walaupun selangkah. Melainkan (kerana) apa yang seseorang lelaki itu dapati dalam perutnya dan pundi kencingnya daripada air kencing yang tidak dapat dielakkan. Namun selepas itu janganlah walaupun selangkah. Adapun kamu wahai pemandu kaum, hendaklah kamu membaca sebahagian ucapan Arab daripada syairnya. Apabila kamu menunggang, maka bacalah dan hendaklah kalian bergerak pada penghujung malam, kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki para malaikat yang ditugaskan untuk melipat (memendekkan) bumi buat para musafir, sebagaimana dilipatnya lembaran-lembaran kertas. Suatu kaum itu akan memuji perjalanan malamnya selepas pagi hari. Janganlah ada penyair, tidak juga bomoh menemani kalian. Begitu juga janganlah ada haiwan yang sesat bersama kalian. Serta janganlah kalian menolak seseorang yang mengemis sekiranya kalian mahukan keuntungan, kesejahteraan dan persahabatan yang baik. Sangat memelikkan aku, bagaimanakah aku dapat tidur ketika mana kesemua mata itu tidur. Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian daripada melakukan perjalanan pada waktu ini”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 575, hadis nombor 2966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كان النبي ﷺ قاعداً بعد المغرب ومعه أصحابه، إذ مرت به رفقة يسيرون، سائقهم يقرأ، وقائدهم يحدو، فلما رآهم رسول اللہ ﷺ قام يهرول بغير رداء، فقالوا: يا رسول الله نكفيك! فقال: «دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم». فلحقهم، فقال: «أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن لله في السماء سلطاناً عظيماً يوجهه إلى الأرض، فلا تسيروا ولا خطوة؛ إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بدا، ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم! فعليك ببعض كلام العرب من رجزها، وإذا كنت راكباً؛ فاقرأ، وعليكم بالدلجة؛ فإن لله – عز وجل – ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر؛ كما تطوى القراطيس، وبعد الصبح يحمد القوم السرى، ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن، ولا يصحبنكم ضالة، ولا تردوا سائلاً إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة، فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها؛ فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة». [طس، «الضعيفة» (6847)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Nabi ﷺ sedang duduk bersama dengan para sahabat baginda selepas maghrib. Tiba-tiba sekumpulan manusia melalui kawasan tersebut. Pemandu mereka sedang membaca manakala ketua mereka sedang memandu unta dengan nyanyian. Sebaik sahaja Rasulullah ﷺ melihat mereka, baginda terus berdiri dan berlari anak tanpa memakai kain atas. Kemudian para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami mencukupi bagi kamu (biarkan kami sahaja pergi)”, baginda membalas: “Biarkan aku pergi untuk menyampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadaku tentang urusan mereka”. Lalu baginda pun mendapati mereka dan bertanya: “Kemanakah kamu ingin pergi pada waktu begini? Sesungguhnya Allah mempunyai kekuasaan yang agung di langit yang Dia hadapkan ke arah bumi, maka janganlah kalian bergerak, jangan walaupun selangkah. Melainkan (kerana) apa yang seseorang lelaki itu dapati dalam perutnya dan pundi kencingnya daripada air kencing yang tidak dapat dielakkan. Namun selepas itu janganlah walaupun selangkah. Adapun kamu wahai pemandu kaum, hendaklah kamu membaca sebahagian ucapan Arab daripada syairnya. Apabila kamu menunggang, maka bacalah dan hendaklah kalian bergerak pada penghujung malam, kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki para malaikat yang ditugaskan untuk melipat (memendekkan) bumi buat para musafir, sebagaimana dilipatnya lembaran-lembaran kertas. Suatu kaum itu akan memuji perjalanan malamnya selepas pagi hari. Janganlah ada penyair, tidak juga bomoh menemani kalian. Begitu juga janganlah ada haiwan yang sesat bersama kalian. Serta janganlah kalian menolak seseorang yang mengemis sekiranya kalian mahukan keuntungan, kesejahteraan dan persahabatan yang baik. Sangat memelikkan aku, bagaimanakah aku dapat tidur ketika mana kesemua mata itu tidur. Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian daripada melakukan perjalanan pada waktu ini”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6847].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs