Suatu kaum akan dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا. فقيل: من هو؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا} … الآية؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu kaum akan dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka pada hari kiamat; mulut-mulut mereka menyalakan api. Lalu baginda ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Tidakkah kamu melihat firman Allah Ta’ala: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memasukkan api ke dalam perut-perut mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis nombor 6937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي برزة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا} … الآية؟!
[ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)]

(Palsu)
Daripada Abu Barzah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Suatu kaum akan dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka pada hari kiamat, mulut-mulut mereka menyalakan api. Lalu baginda ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Tidakkah kamu melihat firman Allah Ta’ala: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memasukkan api ke dalam perut-perut mereka.
[Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5458]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs