Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُبْعَثُ يومَ القيامةِ قومٌ من قبورِهم؛ تَأَجَّجُ أفواهُهُم نارًا. فقيل: مَن هم؟ قال: ألم تَرَ أن اللهَ يقولُ: {إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا} ... الآية؟!
Teks Bahasa Melayu
Suatu kaum akan dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka pada hari kiamat; mulut-mulut mereka menyalakan api. Lalu baginda ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Tidakkah kamu melihat firman Allah Ta'ala: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memasukkan api ke dalam perut-perut mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Barzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis no. 6937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا} ... الآية؟! [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)]
(Palsu) Daripada Abu Barzah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Suatu kaum akan dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka pada hari kiamat, mulut-mulut mereka menyalakan api. Lalu baginda ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Tidakkah kamu melihat firman Allah Ta'ala: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memasukkan api ke dalam perut-perut mereka. [Riwayat Abu Ya'la, Ibn Hibban dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5458]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman