Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid dan para sahabat duduk di sekeliling Baginda SAW

Teks Bahasa Arab

إِنَّمَا يَعْرِفُ الفَضْلَ لأَهْلِ الفَضْلِ أهلُ الفَضْلِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Abū Bakr, sesungguhnya yang mengetahui kelebihan terhadap orang yang mempunyai kelebihan adalah mereka yang turut mempunyai kelebihan

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis no. 217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: ((بينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جالس في المسجد وقد طاف به أصحابه؛ إذ أقبل علي بن أبي طالب رضي الله عنه، فوقف فسلم، ثم نظر مجلساً يشبهه، فنظر رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في وجوه أصحابه؛ أيهم يوسع له، فكان أبو بكر رضي الله عنه جالساً عن يمين رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فتزحزح له عن مجلسه وقال: ههنا يا أبا الحسن! فجلس بين النبي - صلى الله عليه وسلم - وبين أبي بكر. قال أنس: فرأينا السرور في وجه رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ثم أقبل على أبي بكر فقال: ((يا أبا بكر: إنما يعرف الفضل لأهل الفضل ذوو الفضل)). [ابن الأعرابي في ((المعجم))، القضاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3227)].

(Palsu) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk di dalam masjid dan para sahabat duduk di sekeliling Baginda SAW. Tiba-tiba ‘Alī ibn Abū Ṭālib RA datang, lalu beliau berhenti dan memberi salam. Kemudian beliau melihat ke arah tempat duduk yang muat (untuk dia duduki). Lalu Rasulullah SAW melihat ke arah wajah para sahabat Baginda SAW, siapakah daripada kalangan mereka yang akan melapangkan ruang untuknya (‘Alī). Abū Bakr RA pada ketika itu duduk di bahagian kanan Rasulullah SAW. Lalu beliau beralih dari tempat duduknya (untuk memberi ruang kepada ‘Alī). Lalu beliau telah berkata: ‘’Di sini wahai Abū al-Ḥasan.’’ Maka ‘Alī RA pun duduk di tengah-tengah antara Nabi SAW dengan Abū Bakr RA. Kemudian Anas RA telah berkata: “Maka kami telah melihat kegembiraan di wajah Rasulullah SAW. Kemudian Baginda SAW menghadap ke arah Abū Bakr RA dan bersabda: ((Wahai Abū Bakr, sesungguhnya yang mengetahui kelebihan terhadap orang yang mempunyai kelebihan adalah mereka yang turut mempunyai kelebihan)). [Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, dan Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3227].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.