Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dalam keadaan memeluk salah seorang anak

Teks Bahasa Arab

إنكم لَتُبَخِّلُونَ وتُحَبِّنُونَ وتُجَهَّلُونَ، وإنَّكُم لِمَنْ رَيحانِ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dalam keadaan memeluk salah seorang anak kepada anak perempuannya dan Baginda bersabda: ‘Kamu semua membakhilkan, membaculkan, dan menjahilkan. Dan kamu semua dalam kalangan wangian Allah SWT.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis no. 9215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن عبدالعزيز يقول: زعمت المرأة الصالحة خولة بنت حكيم قالت: خرج رسول الله - صلى الله عليه وسلم- ذات يوم وهو محتضن أحد ابني ابنته وهو يقول: ((إنكم لَتُبَخِّلُون، وتُجَبِّنُون وتُجَهِّلُون، وإنّكُم لمن ريحان الله)). [ت، حم، الحربي في ((الغريب))، ابن حذلم في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (3214)]

(Lemah) Daripada Umar bin Abdul Aziz berkata: Seorang perempuan solehah, Khaulah binti Hakim berkata: “Suatu hari, Rasulullah SAW keluar dalam keadaan memeluk salah satu anak kepada anak perempuannya dan Baginda bersabda: ‘Kamu semua membakhilkan, membaculkan, dan menjahilkan. Dan kamu semua dalam kalangan wangian Allah SWT.’” [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Harbi dalam al-Gharib, dan Ibnu Hazlam dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3214]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.