Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada kami sambil tertawa dan gembira

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خرج علينا رسول الله ﷺ ذات يوم ضاحكا مستبشرا. فقام إليه عبد الرحمن بن عوف فقال: ما أضحكك يا رسول الله؟! قال: ((بشارة أتتني من عند ربي؛ إن الله لما أراد أن يزوج علي فاطمة؛ أمر ملكاً أن يهزّ شجرة طوبى، نهزه، نشرت رقاقة -يعنی: صكاكا-، وأنشأ الله ملائكة التقطوها، فإذا كانت القيامة ثارت الملائكة في الخلق، فلا يرون ما لنا – أهل البيت – محضا؛ إلا دفعوا إليه منها كتابا: براءة له من النار؛ أخي وابن عمي وابنتي ، فكاك رقاب رجال ونساء من أمتي من النار)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada kami sambil tertawa dan gembira. Kemudian Abd al-Rahman bin ‘Auf pergi kepadanya dan bertanya: "Apakah yang membuatkan kamu tertawa wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Khabar gembira telah datang dari Tuhanku. Tatkala Allah ingin mengahwinkan Ali dengan Fatimah, Allah mengarahkan malaikat untuk menggoncang pokok Tuba. Lalu Malaikat menggoncangnya dan gugurlah sehelai lembaran. Lalu Allah mencipta malaikat dan mengutipnya. Apabila datang hari kiamat maka para malaikat bertebaran pada makhluk, mereka tidak melihat kecintaan yang tulus kepada kami, ahlu bayt melainkan akan diberikan kepadanya satu lembaran yang ditulis padanya pelepasan daripada api neraka iaitu buat saudaraku sepupuku dan anak perempuanku. Juga pembebasan buat hamba lelaki dan perempuan dalam kalangan umatku dari api neraka."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1867, hadis nombor 9416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بلال بن حمامة، قال: خرج علينا رسول الله ﷺ ذات يوم ضاحكا مستبشرا. فقام إليه عبد الرحمن بن عوف فقال: ما أضحكك يا رسول الله؟! قال: ((بشارة أتتني من عند ربي؛ إن الله لما أراد أن يزوج علي فاطمة؛ أمر ملكاً أن يهزّ شجرة طوبى، نهزه، نشرت رقاقة -يعنی: صكاكا-، وأنشأ الله ملائكة التقطوها، فإذا كانت القيامة ثارت الملائكة في الخلق، فلا يرون ما لنا – أهل البيت – محضا؛ إلا دفعوا إليه منها كتابا: براءة له من النار؛ أخي وابن عمي وابنتي ، فكاك رقاب رجال ونساء من أمتي من النار)). ( خط، ((الضعيفة)) (4942)]

(Palsu) Dari Bilal Bin Hamamah, dia berkata: Suatu hari Rasulullah SAW datang kepada kami sambil tertawa dan gembira. Kemudian Abd al-Rahman bin ‘Auf pergi kepadanya dan bertanya: "Apakah yang membuatkan kamu tertawa wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Khabar gembira telah datang dari Tuhanku. Tatkala Allah ingin mengahwinkan Ali dengan Fatimah, Allah mengarahkan malaikat untuk menggoncang pokok Tuba. Lalu Malaikat menggoncangnya dan gugurlah sehelai lembaran. Lalu Allah mencipta malaikat dan mengutipnya. Apabila datang hari kiamat maka para malaikat bertebaran pada makhluk, mereka tidak melihat kecintaan yang tulus kepada kami, ahlu bayt melainkan akan diberikan kepadanya satu lembaran yang ditulis padanya pelepasan daripada api neraka iaitu buat saudaraku sepupuku dan anak perempuanku. Juga pembebasan buat hamba lelaki dan perempuan dalam kalangan umatku dari api neraka." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4942]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.