Suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama kami, baginda mengangkat pandangannya ke langit

TEKS BAHASA ARAB

بينما رسول الله ﷺ ذات يوم قاعد معنا إذ رفع بصره إلى السماء؛ كأنه يتوقع أمرا، فقال: رحم الله إخواني بقزوين، يقولها ثلاثا، فقال أصحابه: يا رسول الله! بآبائنا وأمهاتنا: ما قزوين هذه وما إخوانك الذين هم بها؟ قال: قزوين باب من أبواب الجنة، وهي اليوم في يد المشركين، ستفتح في آخر الزمان على أمتي، فمن أدرك ذلك الزمان فليأخذ نصيبه من فضل الرباط في قزوين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama kami, baginda mengangkat pandangannya ke langit; seolah-olah baginda ternanti-nanti sesuatu. Lalu baginda mengucapkan: “Moga Allah rahmati saudara-saudaraku di Qazwin. Baginda mengulangnya sebanyak tiga kali. Para sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Ibubapa kami menjadi tebusanmu, apa itu Qazwin? Siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Qazwin adalah salah satu pintu syurga. Pada hari ini, ia berada di bawah penguasaan orang-orang Musyrikin. Namun ia akan dibuka untuk umatku pada akhir zaman nanti. Sesiapa yang sempat dengan detik itu, maka ambilah bahagian dari kelebihan menjaga sempadan wilayah itu (Qazwin).”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1831, hadis nombor 9235. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: بينما رسول الله ﷺ ذات يوم قاعد معنا إذ رفع بصره إلى السماء؛ كأنه يتوقع أمرا، فقال: ((رحم الله إخواني بقزوين))، يقولها ثلاثا، فقال أصحابه: يا رسول الله! بآبائنا وأمهاتنا: ما قزوين هذه وما إخوانك الذين هم بها؟ قال: ((قزوين باب من أبواب الجنة، وهي اليوم في يد المشركين، ستفتح في آخر الزمان على أمتي، فمن أدرك ذلك الزمان فليأخذ نصيبه من فضل الرباط في قزوين)).[الرافعي، ((الضعيفة)) (3247)].

(Palsu): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama kami, baginda mengangkat pandangannya ke langit; seolah-olah baginda ternanti-nanti sesuatu. Lalu baginda mengucapkan: “Moga Allah rahmati saudara-saudaraku di Qazwin. Baginda mengulangnya sebanyak tiga kali. Para sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Ibubapa kami menjadi tebusanmu, apa itu Qazwin? Siapakah saudara-saudaramu yang berada di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Qazwin adalah salah satu pintu syurga. Pada hari ini, ia berada di bawah penguasaan orang-orang Musyrikin. Namun ia akan dibuka untuk umatku pada akhir zaman nanti. Sesiapa yang sempat dengan detik itu, maka ambilah bahagian dari kelebihan menjaga sempadan wilayah itu (Qazwin).” [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3247]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs