Suatu hari Bilal datang bertemu Rasulullah SAW dan ketika itu Baginda sedang makan siang

TEKS BAHASA ARAB

أشعرت يا بلال! أن الصائم تسبح عظامه، وتستغفر له الملائكة ما أكل عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah engkau tahu wahai Bilal? bahawa sesungguhnya orang yang berpuasa itu tulang-tulangnya sedang bertasbih, dan para malaikat memohon keampunan daripada-Nya bagi pihaknya selama mana ada makanan dimakan disisinya (oleh orang lain).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1132, hadis nombor 5709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سليمان بن بريدة [عن أبيه] -رضي الله عنه-، قال: دخل بلال على رسول الله ﷺ وهو يتغدى، فقال رسول الله ﷺ: «[الغداء يا بلال!» قال: إني صائم يا رسول الله] فقال رسول الله ﷺ: «نأكل رزقنا، وفضل رزق بلال في الجنة، أشعرت يا بلال! أن الصائم تسبح عظامه، وتستغفر له الملائكة ما أكل عنده». [ه، هب، ابن عساكر، «الضعيفة» (1331)].

(Palsu)
Daripada Sulaiman bin Buraidah RA daripada ayahnya, beliau berkata: Suatu hari Bilal datang bertemu Rasulullah SAW ketika Baginda sedang makan siang, lalu Rasulullah SAW telah berkata: "Makan siang wahai Bilal!" Lalu Bilal pun berkata: "Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa wahai Rasulullah," lalu Rasulullah SAW berkata: "Kami makan daripada rezeki kami sedangkan baki rezeki Bilal di syurga, adakah engkau tahu wahai Bilal? bahawa sesungguhnya orang yang berpuasa itu tulang-tulangnya sedang bertasbih, dan para malaikat memohon keampunan daripada-Nya bagi pihaknya selama mana ada makanan dimakan disisinya (oleh orang lain)."
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn Majah dalam al-Sunan, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1331].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs