Suara ayam jantan adalah solatnya

TEKS BAHASA ARAB

صوت الديك صلاته، وضربه بجناحيه ركوعه وسجوده، ثم تلا: {وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم} الآية [الإسراء: 44].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suara ayam jantan adalah solatnya, pukulannya menggunakan dua sayapnya adalah rukuk dan sujudnya, kemudian Baginda SAW membaca: {Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak memahami tasbih mereka} [Surah al-Isra': Ayat 44].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1471, hadis nombor 7494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها- مرفوعا: ((صوت الديك صلاته، وضربه بجناحيه ركوعه وسجوده، ثم تلا: {وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم} الآية [الإسراء: 44])). [الصواف في ((الفوائد))، فر،((الضعيفة)) (3786)]

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Suara ayam jantan adalah solatnya, pukulannya menggunakan dua sayapnya adalah rukuk dan sujudnya, kemudian Baginda SAW membaca: {Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak memahami tasbih mereka} [Surah al-Isra': Ayat 44].
[Riwayat al-Sawwaf dalam al-Fawaid dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3786]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.