Solatlah sebanyak empat rakaat pada waktu malam (Qiyam al-Lail)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلوا من الليل أربعا، صلوا ولو ركعتين، ما من أهل بيت يعرف لهم صلاة من الليل إلا ناداهم مناد: ياأهل البيت! قوموا لصلاتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solatlah sebanyak empat rakaat pada waktu malam (Qiyam al-Lail), dirikanlah solat (itu) sekalipun sebanyak dua rakaat. Tidak ada mana-mana ahli rumah yang diketahui mereka ada mendirikan solat malam melainkan akan ada satu penyeru yang akan menyeru: Wahai ahli rumah, bangunlah kamu untuk mendirikan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن مرسلا و مرفوعا: ((صلوا من الليل أربعا، صلوا ولو ركعتين، ما من أهل بيت يعرف لهم صلاة من الليل إلا ناداهم مناد: ياأهل البيت! قوموا لصلاتكم)).
[ش، ابن النصر في ((قيام الليل))، ابن أبي الدنيا في ((التهجد))، ((الضعيفة)) (3782)]

(Lemah) Daripada al-Hasan secara mursal (terputus sanad) dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solatlah sebanyak empat rakaat pada waktu malam (Qiyam al-Lail), dirikanlah solat (itu) sekalipun sebanyak dua rakaat. Tidak ada mana-mana ahli rumah yang diketahui mereka ada mendirikan solat malam melainkan akan ada satu penyeru yang akan menyeru: Wahai ahli rumah, bangunlah kamu untuk mendirikan solat.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3782]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.