Solatlah kamu di ladang-ladang kambing dan kamu tidak perlu berwuduk setelah kamu meminum susunya

TEKS BAHASA ARAB

صلوا في مرابض الغنم ولا توضؤوا من ألبانها، ولا تصلوا في معاطن الإبل وتوضؤوا من ألبانها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solatlah kamu di ladang-ladang kambing dan kamu tidak perlu berwuduk setelah kamu meminum susunya. Dan janganlah kamu solat di ladang-ladang unta dan hendaklah kamu berwuduk setelah kamu meminum susunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسيد بن حضير – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صلوا في مرابض الغنم ولا توضؤوا من ألبانها، ولا تصلوا في معاطن الإبل وتوضؤوا من ألبانها)).
[طب، ((الضعيفة)) (3781)]

(Lemah) Daripada Usaid bin hudhayr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solatlah kamu di ladang-ladang kambing dan kamu tidak perlu berwuduk setelah kamu meminum susunya. Dan janganlah kamu solat di ladang-ladang unta dan hendaklah kamu berwuduk setelah kamu meminum susunya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3781]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.