Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلُّوا في مَرابضِ الغنمِ ولا توضَّؤوا من ألبانِها، ولا تصلُّوا في مَعاطنِ الإبلِ وتوضَّؤوا مِن ألبانِها.
Teks Bahasa Melayu
Solatlah kamu di ladang-ladang kambing dan kamu tidak perlu berwuduk setelah kamu meminum susunya. Dan janganlah kamu solat di ladang-ladang unta dan hendaklah kamu berwuduk setelah kamu meminum susunya.
Sahabat Perawi
- Usaid bin hudhayr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis no. 1479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أسيد بن حضير - رضي الله عنه - مرفوعا: ((صلوا في مرابض الغنم ولا توضؤوا من ألبانها، ولا تصلوا في معاطن الإبل وتوضؤوا من ألبانها)). [طب، ((الضعيفة)) (3781)]
(Daif) Daripada Usaid bin hudhayr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solatlah kamu di ladang-ladang kambing dan kamu tidak perlu berwuduk setelah kamu meminum susunya. Dan janganlah kamu solat di ladang-ladang unta dan hendaklah kamu berwuduk setelah kamu meminum susunya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3781]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman