Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Solatlah dua rakaat

Teks Bahasa Arab

صلِّ ركعتين. قاله لرجل يُريدُ أن يَخْرُجَ للتجارة.

Teks Bahasa Melayu

Solatlah dua rakaat. Baginda menyebutkannya kepada seorang lelaki yang hendak keluar berdagang.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 337, hadis no. 1769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ! إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ إِلَى الْبَحْرَيْنِ فِي تِجَارَةٍ؟ فَقَالَ ﷺ: ((صلِّ ركعتين)). [طب، ((الضعيفة)) (6236)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Masʿud RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mahu keluar menuju Bahrain untuk berdagang.” Maka baginda ﷺ menjawab: “Solatlah dua rakaat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6236].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.