Solatlah dengan mengenakan selipar kamu

TEKS BAHASA ARAB

في قوله: {خذوا زينتكم عند كل مسجد} قال: صلوا في نعالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solatlah dengan mengenakan selipar kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338, hadis nombor 1771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ: في قوله {خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ}، قال: ((صلُّوا في نِعالِكم)). [عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6083)].

(Munkar) Daripada Anas RA, daripada Nabi ﷺ berkenaan firman Allah: “Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat” baginda bersabda: “Solatlah dengan mengenakan selipar kamu.” [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6083].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs