TEKS BAHASA ARAB
في قوله: {خذوا زينتكم عند كل مسجد} قال: صلوا في نعالكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Firman Allah SWT: {Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).} (Surah al-’Araf: 31) Baginda bersabda: “Solatlah dengan memakai kasut kamu.”
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis nombor 8283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((في قوله: {خذوا زينتكم عند كل مسجد} قال: صلوا في نعالكم)). [عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6083)].
(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Maksud firman Allah SWT: {Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).} (Surah al-’Araf: 31) Baginda bersabda: Solatlah dengan memakai kasut kamu.))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6083].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.