Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في قوله: {خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ} قال: صلُّوا في نِعالِكم.
Teks Bahasa Melayu
Firman Allah SWT: {Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).} (Surah al-’Araf: 31) Baginda bersabda: “Solatlah dengan memakai kasut kamu.”
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis no. 8283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((في قوله: {خذوا زينتكم عند كل مسجد} قال: صلوا في نعالكم)). [عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6083)].
(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Maksud firman Allah SWT: {Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).} (Surah al-’Araf: 31) Baginda bersabda: Solatlah dengan memakai kasut kamu.)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6083].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman