TEKS BAHASA ARAB
الصلاة التي تذكر في يوم الأحد والاثنين وغيرهما من أيام الأسبوع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat yang dilakukan pada hari Ahad dan pada hari Isnin atau selain keduanya daripada hari-hari di dalam seminggu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 74-75, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وكذلك الصلاة التي تذكر في يوم الأحد والاثنين وغيرهما من أيام الأسبوع، لا نزاع بين أهل المعرفة بالحديث أنها أحاديث موضوعة، وأن هذه الصلاة لم يستحبها أحد من أئمة الدين.
Dan demikian juga hadis berkenaan solat yang dilakukan pada hari Ahad dan pada hari Isnin atau selain keduanya daripada hari-hari di dalam seminggu. Tidak ada pertembungan pandangan antara ahli ilmu hadis bahawa sesungguhnya hadis-hadis ini adalah palsu, dan bahawa tidak ada seorangpun ulama Islam yang menggalakkan solat ini.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.