TEKS BAHASA ARAB
الوتر في أول الليلة مسخطة للشيطان وأكل السحور مرضاة للرحمان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat witir pada permulaan malam mengundang kemarahan syaitan dan bersahur mengundang keredaan al-Rahman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
اللآلئ «الوتر في أول الليلة مسخطة للشيطان وأكل السحور مرضاة للرحمان» وضعه أبان بن جعفر البصري وقد وضع على أبي حنيفة أكثر من ثلاثمائة حديث مما لم يحدث به أبو حنيفة.
Ia direka oleh Aban Bin Jaafar al-Basri. Beliau memalsukan hadith menggunakan nama Abu Hanifah sebanyak tiga ratus yang mana ia tidak pernah diriwayatkan oleh Abu Hanifah.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.