Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Solat Witir di awal malam menyebabkan kemarahan syaitan

Teks Bahasa Arab

حديث: الوتر أول الليل سخط للشيطان وأكل السحور مرضاة للرحمن.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Solat Witir di awal malam menyebabkan kemarahan syaitan, dan makan sahur mendapatkan redha Allah SWT.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 58, hadis no. 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع. وضعه أبان بن جعفر البصري.

Hadith ini palsu, Aban bin Ja’far al-Basri mencipta hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.