TEKS BAHASA ARAB
حديث: تعاد الصلاة من قدر الدرهم. يعني: من الدم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Solat wajib diulangi kerana darah sebesar duit satu dirham.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 66, hadis nombor 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال النووي في شرح خطبة مسلم: إنه حديث ذكره البخاري في تاريخه، وهو باطل لا أصل له.
Al-Nawawi berkata dalam Syarah Khutbah Muslim: Ia merupakan hadith yang telah disebutkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh beliau, ia batil lagi tidak ada asalnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.