Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: تُعَاد الصَّلَاة من قدر الدِّرْهَم. يَعْنِي: من الدَّم.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Solat wajib diulangi kerana darah sebesar duit satu dirham.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 66, hadis no. 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال النووي في شرح خطبة مسلم: إنه حديث ذكره البخاري في تاريخه، وهو باطل لا أصل له.
Al-Nawawi berkata dalam Syarah Khutbah Muslim: Ia merupakan hadis yang telah disebutkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh beliau, ia batil lagi tidak ada asalnya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman