Solat sunat Istisqa’ sama seperti solat sunat dua hari raya

TEKS BAHASA ARAB

سنة الاستسقاء سنة الصلاة في العيدين، إلا أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قلب رداءه، فجعل يمينه على يساره، ويساره على يمينه، وصلى ركعتين، وكبر في الأولى سبع تكبيرات، وقرأ {سبح اسم ربك الأعلى}، وقرأ في الثانية {هل أتاك حديث الغاشية}، وكبر فيها خمس تكبيرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat sunat Istisqa’ sama seperti solat sunat dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) melainkan Rasulullah akan menyilangkan rida’ (serban yang diletakkan di atas bahu) dengan menjadikan kain serbannya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan. Baginda solat dua rakaat dan bertakbir pada rakaat pertama sebanyak tujuh kali serta membaca surah: “Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).” (iaitu Surah al-A’la). Pada rakaat kedua pula, Baginda membaca surah: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (iaitu Surah al-Ghasyiah) dan baginda bertakbir sebanyak lima kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1634, hadis nombor 8261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن طلحة بن يحيى، قال: أرسلني مروان إلى ابن عباس – رضي الله عنهما – أسأله عن سنة الاستسقاء، فقال: ((سنة الاستسقاء سنة الصلاة في العيدين؛ إلا أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قلب رداءه، فجعل يمينه على يساره، ويساره على يمينه، وصلى ركعتين، وكبر في الأولى سبع تكبيرات، وقرأ {سبح اسم ربك الأعلى}، وقرأ في الثانية {هل أتاك حديث الغاشية}، وكبر فيها خمس تكبيرات)). [البزار، قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (5631)].

(Sangat Lemah)
Daripada Talhah bin Yahya berkata: “’Marwan mengutuskan aku kepada Ibn Abbas untuk bertanya tentang solat sunat Istisqa’ (memohon hujan). Jawab Ibn Abbas: "Solat sunat Istisqa’ sama seperti solat sunat dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) melainkan Rasulullah akan menyilangkan rida’ (serban yang diletakkan di atas bahu) dengan menjadikan kain serbannya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan. Baginda solat dua rakaat dan bertakbir pada rakaat pertama sebanyak tujuh kali serta membaca surah: “Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).” (iaitu Surah al-A’la). Pada rakaat kedua pula, Baginda membaca surah: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (iaitu Surah al-Ghasyiah) dan baginda bertakbir sebanyak lima kali.”
[Riwayat al-Bazzar, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5631].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs