Solat sunat dua rakaat sebelum fajar dan selepas Maghrib

TEKS BAHASA ARAB

{وإدبار النجوم}: الركعتان قبل الفجر، و{وأدبار السجود}: الركعتان بعد المغرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Maksud {Dan solat selepas bintang-bintang} (Surah al-Tur, ayat 49) adalah dua rakaat sebelum fajar, manakala maksud {Dan solat selepas sujud} (Surah Qaf, ayat 40) adalah dua rakaat selepas Maghrib.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427 – 1428 , hadis nombor 7253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي ﷺ قال: {وإدبار النجوم}: الركعتان قبل الفجر، و{وأدبار السجود}: الركعتان بعد المغرب.
[ت، ((الضعيفة))، (2178)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: Maksud {Dan solat selepas bintang-bintang} (Surah al-Tur, ayat 49) adalah dua rakaat sebelum fajar, manakala maksud {Dan solat selepas sujud} (Surah Qaf, ayat 40) adalah dua rakaat selepas Maghrib.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2178]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.