Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
{وإِدْبَارُ النُّجُومِ}: الركعتانِ قبلَ الفجرِ، و{وأَدبارِ السُّجودِ}: الركعتانَ بعد المغربِ.
Teks Bahasa Melayu
Maksud {Dan solat selepas bintang-bintang} (Surah al-Tur, ayat 49) adalah dua rakaat sebelum fajar, manakala maksud {Dan solat selepas sujud} (Surah Qaf, ayat 40) adalah dua rakaat selepas Maghrib.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1427 - 1428, hadis no. 7253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي ﷺ قال: {وإدبار النجوم}: الركعتان قبل الفجر، و{وأدبار السجود}: الركعتان بعد المغرب. [ت، ((الضعيفة))، (2178)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: Maksud {Dan solat selepas bintang-bintang} (Surah al-Tur, ayat 49) adalah dua rakaat sebelum fajar, manakala maksud {Dan solat selepas sujud} (Surah Qaf, ayat 40) adalah dua rakaat selepas Maghrib. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2178]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman