Solat sunat dua rakaat di samping mereka ketika dia mahu bermusafir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما خلف عبد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد سفرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada apa yang ditinggalkan oleh seseorang itu kepada keluarganya yang lebih baik daripada solat dua rakaat yang ditunaikan di samping mereka ketika dia mahu bermusafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis nombor 5026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المطعم بن المقدام مرفوعا: ((ما خلف عبد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين ‌يريد ‌سفرا)). [ش، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (372)]

(Lemah) Daripada al-Mut’im bin al-Miqdam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada apa yang ditinggalkan oleh seseorang itu kepada keluarganya yang lebih baik daripada solat dua rakaat yang ditunaikan di samping mereka ketika dia mahu bermusafir. [Riwayat Ibn Abī Shaybah dalam Musannafnya, dan al-Khatib dalam al-Muwaḍḍah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.372]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.