Solat siang hari secara diam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: صلاة النهار عجماء. أي لأنها لا تسمع فيها قراءة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Solat siang hari secara diam. Iaitu kerana tidak didengari bacaannya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 110, hadis nombor 308. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الدارقطني والنووي: باطل لا أصل له، أي: في رفعه، بل هو من قول بعض الفقهاء.

Al-Daraqutni dan al-Nawawi berkata: Batil, tiada asalnya.
Iaitu secara marfu’, sebaliknya ia bersumberkan ucapan sebahagian fuqaha’.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs