Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: صَلَاة النَّهَار عجماء. أَي لِأَنَّهَا لَا تسمع فِيهَا قِرَاءَة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Solat siang hari secara diam. Iaitu kerana tidak didengari bacaannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 110, hadis no. 308. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الدارقطني والنووي: باطل لا أصل له، أي: في رفعه، بل هو من قول بعض الفقهاء.
Al-Daraqutni dan al-Nawawi berkata: Batil, tiada asalnya. Iaitu secara marfu', sebaliknya ia bersumberkan ucapan sebahagian fuqaha'.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman