TEKS BAHASA ARAB
صلاة النهار عجماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat siang hari ialah solat yang tidak dengar bacaannya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 119-120, hadis nombor 180. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الدارقطني والنووي: باطل لا أصل له. قلت: وكذا أحاديث الصلوات التي ذكروها في الأيام المكرمة والليالي المعظمة.
Al-Daraqutni dan al-Nawawi telah berkata: Batil, tiada asal baginya. Kataku: Begitu juga hadis-hadis solat yang menyebutnya pada hari-hari yang dimuliakan dan pada malam-malam yang diagungkan.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.