Solat seorang wanita secara berseorangan melebihi (ganjaran) solatnya secara berjamaah sebanyak dua puluh lima darjat

TEKS BAHASA ARAB

صلاة المرأة وحدها تفضل صلاتها في الجميع خمسا وعشرين درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat seorang wanita secara berseorangan melebihi (ganjaran) solatnya secara berjemaah sebanyak dua puluh lima darjat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis nombor 1395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((صلاة المرأة وحدها تفضل صلاتها في الجميع خمسا وعشرين درجة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2887)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Solat seorang wanita secara berseorangan melebihi (ganjaran) solatnya secara berjemaah sebanyak dua puluh lima darjat.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs