Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صلاةُ المرأةِ وحدِها تفضُلُ صلاتَها في الجمعِ خمسًا وعشرينَ درجةً.
Teks Bahasa Melayu
Solat seorang wanita secara berseorangan melebihi (ganjaran) solatnya secara berjemaah sebanyak dua puluh lima darjat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis no. 1395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - عن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((صلاة المرأة وحدها تفضل صلاتها في الجميع خمسا وعشرين درجة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2887)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Solat seorang wanita secara berseorangan melebihi (ganjaran) solatnya secara berjemaah sebanyak dua puluh lima darjat. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2887]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman