Solat seorang Muslim tidak terputus kerana sesuatu melainkan keldai, kafir, anjing atau perempuan

TEKS BAHASA ARAB

لا يقطع صلاة المسلم شيء؛ إلا الحمار، والكافر، والكلب، والمرأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat seorang Muslim tidak terputus kerana sesuatu melainkan keldai, kafir, anjing atau perempuan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis nombor 1740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الكافر)) عن عائشة – رضي الله عنها- ، قالت: قال رسول الله ﷺ: ((لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأة)). فقالت عائشة: يا رسول الله لقد قُرِنَّا بدوابِّ سُوءٍ. [حم، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5542)].

(Munkar dengan sebutan “kafir”) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasululllah ﷺ bersabda: “Solat seorang Muslim tidak terputus kerana sesuatu melainkan keldai, kafir, anjing atau perempuan.” ‘Aishah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah dibandingkan dengan haiwan yang jelek.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5542].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.