Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأةُ.
Teks Bahasa Melayu
Solat seorang Muslim tidak terputus kerana sesuatu melainkan keldai, kafir, anjing atau perempuan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis no. 1740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (الكافر)) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: ((لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأة)). فقالت عائشة: يا رسول الله لقد قُرِنَّا بدوابِّ سُوءٍ. [حم، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5542)].
(Munkar dengan sebutan “kafir”) Daripada 'Aishah RA, beliau berkata: Rasululllah ﷺ bersabda: “Solat seorang Muslim tidak terputus kerana sesuatu melainkan keldai, kafir, anjing atau perempuan.” 'Aishah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah dibandingkan dengan haiwan yang jelek.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5542].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman