Solat seorang Muslim tidak akan terputus

TEKS BAHASA ARAB

لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat seorang Muslim tidak akan terputus dengan apa pun melainkan keldai, orang kafir, anjing dan wanita.

STATUS

Munkar dengan menyebut Kafir

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1918 hadis nombor 9633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (الكافر))
عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله ﷺ: لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأة. فقالت عائشة: يا رسول الله لقد قُرِنَّا بدوابِّ سُوءٍ.
[حم، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5542)]

(Munkar dengan menyebut Kafir)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Solat seorang Muslim tidak akan terputus dengan apa pun melainkan keldai, orang kafir, anjing dan wanita. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami digandingkan dengan binatang yang jijik.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabarani dalam Musnad Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs