Munkar Dengan Sebutan "kafir"
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ، إلَّا الحمارَ، والكافرَ، والكلبَ، والمرأةَ.
Teks Bahasa Melayu
Solat seorang Muslim tidak akan terputus dengan apa pun melainkan keldai, orang kafir, anjing dan wanita.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Sebutan "kafir"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1918, hadis no. 9633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (الكافر)) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله ﷺ: لا يقطعُ صلاةَ المسلمِ شيءٌ؛ إلا الحِمَار، والكَافر، والكَلْب، والمرأة. فقالت عائشة: يا رسول الله لقد قُرِنَّا بدوابِّ سُوءٍ. [حم، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5542)]
(Munkar Dengan Sebutan "kafir") Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Solat seorang Muslim tidak akan terputus dengan apa pun melainkan keldai, orang kafir, anjing dan wanita. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami digandingkan dengan binatang yang jijik. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabarani dalam Musnad Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5542]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman