TEKS BAHASA ARAB
حديث: صلاة الرجل متقلدا سيفه تفضل على صلاته غير متقلد سبعمائة ضعف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Solat seorang lelaki yang mengikat pedang padanya lebih afdhal daripada solat seorang lelaki yang tidak mengikat pedang sebanyak 700 ganda.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن علي مرفوعا وفي إسناده ضرار بن عمرو وهو متروك.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat Dhirar Bin ‘Amru, terlalu dhaif kerana dituduh berdusta.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.