Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "صَلاةُ الرَّجُلِ مُتَقَلِّدًا سَيْفَهُ تَفْضُلُ على صلاته غير متقلد سبعمائة ضِعْفٍ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Solat seorang lelaki yang mengikat pedang padanya lebih afdhal daripada solat seorang lelaki yang tidak mengikat pedang sebanyak 700 ganda.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 208, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن علي مرفوعا وفي إسناده ضرار بن عمرو وهو متروك.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat Dhirar Bin ‘Amru, terlalu daif kerana dituduh berdusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman