Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلَاةُ المُرَابِطِ تَعْدِلُ خَمْسَ مِئَةِ صَلَاةٍ؛ وَنفْقَةُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ فِيهِ أَفْضَلُ مِنْ سَبْعِ مِئَةِ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ فِي غَيْرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Solat pengawal yang berjaga di sempadan menyamai lima ratus solat (orang biasa). Manakala infak sedinar dan sedirham padanya itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar yang diinfakkan pada selainnya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 306, hadis no. 1617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة؛ ونفقة الدينار والدرهم فيه أفضل من سبع مئة دينار ينفقه في غيره)). [ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، هب، فر، ((الضعيفة)) (5392)].
(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Solat pengawal yang berjaga di sempadan menyamai lima ratus solat (orang biasa). Manakala infak sedinar dan sedirham padanya itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar yang diinfakkan pada selainnya.” [Riwayat Ibn ‘Asim dalam al-Jihad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5392].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman