Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الصَّلاةِ عند اللهِ المغربُ، ومَن صلَّى بعدها ركعتينِ بنَى اللهُ لهُ بيتًا في الجنَّةِ، يغدو فيه ويروحُ.
Teks Bahasa Melayu
Solat paling utama di sisi Allah adalah solat Maghrib. Dan sesiapa yang menunaikan dua rakaat solat sesudah itu, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga, yang mana dia berpagian dan berpetangan padanya (hidup didalamnya).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((أفضل الصلاة عند الله المغرب، ومن صلى بعدها ركعتين بنى الله له بيتا في الجنة، يغدو فيه ويروح)). [طس، ((الضعيفة)) (2841)]
(Daif) Daripada A’ishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat paling utama di sisi Allah adalah solat Maghrib. Dan sesiapa yang menunaikan dua rakaat solat sesudah itu, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga, yang mana dia berpagian dan berpetangan padanya (hidup didalamnya). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2841]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman