Solat pada waktu siang itu tidak dibaca dengan kuat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: صلاة النهار عجماء.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Solat pada waktu siang itu tidak dibaca dengan kuat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال الدارقطني: إنما هو قول بعض الفقهاء. وقال النووي: باطل لا أصل له.

al-Daruqutni berkata: Sesungguhnya ia adalah daripada pendapat sebahagian fuqaha’. al-Nawawi berkata: Hadith ini batil tidak ada asalnya dari nabi SAW.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs