Daif

30/06/2024

minit bacaan



Solat pada waktu matahari tergelincir (al-hajir) sama seperti solat malam hari

Teks Bahasa Arab

صَلَاةُ الهَجِيرِ مِثْلُ صَلَاةِ اللَّيْلِ.

Teks Bahasa Melayu

Solat pada waktu matahari tergelincir (al-hajir) sama seperti solat malam hari.

Sahabat Perawi

  1. Abdul Rahman bin 'Auf RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 306, hadis no. 1618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف – رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((صلاة الهجير مثل صلاة الليل)). فسألت عبد الرحمن بن حميد عن (الهجير)؟ فقال: إذا زالت الشمس. [طب، ((الضعيفة)) (5054)].

(Daif) Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Solat pada waktu matahari tergelincir (al-hajir) sama seperti solat malam hari.” Lalu saya bertanya kepada Abdul Rahman bin Humayd tentang al-hajir. Beliau berkata: “Apabila matahari tergelincir.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5054].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.