Solat pada malam Sabtu sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

في يوم السبت أربع ركعات بالكافرون ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Sabtu solat sebanyak empat rakaat dengan membaca Surah al-Kafirun sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المختصر «في يوم السبت أربع ركعات بالكافرون ثلاثا» لأبي موسى المديني ضعيف. وفي ليلة اثنتا عشرة ركعة، لا أصل له.

Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
“Pada hari Sabtu solat sebanyak empat rakaat dengan membaca Surah al-Kafirun sebanyak tiga kali.”
Ia diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini. Ia adalah hadith yang lemah. Ada juga hadith berkenaan solat pada satu malam sebanyak dua belas rakaat. Tiada asal bagi hadith tersebut.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs