TEKS BAHASA ARAB
صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم فيه أفضل من سبع مئة دينار ينفقه في غيره
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat orang yang menjaga persempadanan menyamai 500 solat. Manakala, membelanjakan satu dinar dan satu dirham untuk perkara tersebut lebih baik daripada 700 dirham yang dibelanjakan untuk perkara yang lain.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011, hadis nombor 5208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم فيه أفضل من سبع مئة دينار ينفقه في غيره. [ابن أبي عاصم في الجهاد, فر, هب, الضعيفة (5392)]
(Terlalu Lemah) Daripada Abi Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat orang yang menjaga persempadanan menyamai 500 solat. Manakala, membelanjakan satu dinar dan satu dirham untuk perkara tersebut lebih baik daripada 700 dirham yang dibelanjakan untuk perkara yang lain. [Ibn Abi Asim di dalam al-Jihad, al-Firdaus oleh al-Dailami, Shu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi, al-Dhai’fah no. 5392].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.