Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Solat orang yang bermusafir adalah sebanyak dua rakaat

Teks Bahasa Arab

صلاة المسافر ركعتان حتى يؤوب إلى أهله أو يموت.

Teks Bahasa Melayu

Solat orang yang bermusafir adalah sebanyak dua rakaat sehingga dia kembali kepada ahli keluarganya atau meninggal dunia.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis no. 5127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر ابن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: صلاة المسافر ركعتان حتى يؤوب إلى أهله أو يموت. [الأردبيلي في الفوائد، الرزاز في حديثه، خط، الضعيفة (3775)].

(Sangat Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat orang yang bermusafir adalah sebanyak dua rakaat sehingga dia kembali kepada ahli keluarganya atau meninggal dunia. [al-Ardabili dalam al-Fawa’id, al-Razzaz dalam hadithnya, Tarikh Baghdad oleh Khatib al-Baghdadi, al-Dha’ifah no. 3775)

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.