Solat Nisfu Sya’ban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

[صلاة] ليلة النصف من شعبان مائة ركعة في كل ركعة عشر مرات بالإخلاص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat Nisfu Sya’ban 100 rakaat, pada setiap rakaat membaca 10 kali surah al-Ikhlas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 109, hadis nombor 304. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَصَلَاة الرغائب: مَوْضُوع بالِاتِّفَاقِ. وَكَذَا: بَقِيَّة صَلَاة ليَالِي رَجَب، وَلَيْلَة السَّابِع وَالْعِشْرين من رَجَب. وَلَيْلَة النّصْف من شعْبَان مائَة رَكْعَة فِي كل رَكْعَة عشر مَرَّات بالإخلاص: وَلَا تغتر بذكرها فِي (قوت الْقُلُوب) (وإحياء الْعُلُوم) وَلَا بِذكر الثَّعْلَبِيّ فِي تَفْسِيره، وَكَذَا فِي شرح الأوراد، ذكره عَليّ قاري.

Dan Solat al-Ragha’ib, palsu dengan persepakatan ulama. Demikian juga solat pada malam-malam Rejab dan malam 27 Rejab. Dan Solat Nisfu Sya’ban 100 rakaat, pada setiap rakaat membaca 10 kali surah al-Ikhlas. Dan janganlah kamu tertipu dengan sebutannya di dalam kitab Qut al-Qulub dan kitab Ihya’ Ulum al-Din. Jangan tertipu juga dengan sebutan al-Tha‘labi dalam tafsirnya dan begitu juga dalam kitab Syarah al-Awrad seperti yang disebutkan oleh Ali Qari.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.