Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلاةُ مِيزانٌ، فمَن أَوْفَى؛ استَوْفَى.
Teks Bahasa Melayu
Solat merupakan timbangan, sesiapa yang memenuhi (timbangannya); maka dia akan mendapat ganjarannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285, hadis no. 1491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الصلاة ميزان، فمن أوفى؛ استوفى)). [فر، ((الضعيفة)) (3809)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat merupakan timbangan, sesiapa yang memenuhi (timbangannya); maka dia akan mendapat ganjarannya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3809]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman