Daif

30/06/2024

minit bacaan



Solat merupakan ibadah korban (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) bagi setiap orang yang bertakwa

Teks Bahasa Arab

الصَّلاةُ قُربَانُ كلِّ تقيٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Solat merupakan ibadah korban (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) bagi setiap orang yang bertakwa.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285, hadis no. 1490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الصلاة قربان كل تقي)). [طب، ((الضعيفة)) (3808)]

(Daif) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat merupakan ibadah korban (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) bagi setiap orang yang bertakwa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3808]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.