Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا بُدَّ مِنْ صَلَاةٍ بِلَيْلٍ، وَلَوْ حَلَبَ نَاقَةً، وَلَوْ حَلَبَ شَاةً، وَمَا كَانَ بَعْدَ صَلَاةِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ؛ فَهُوَ مِنْ اللَّيْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Solat malam merupakan satu kemestian, walaupun dia memerah susu unta, walaupun dia memerah susu biri-biri. Dan waktu selepas solat ‘Isyak yang akhir, ialah sebahagian dari waktu malam.
Sahabat Perawi
- Iyas bin Mu'awiyah al-Muzani
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis no. 1663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Dari Iyas bin Mu‘awiyah al-Muzani RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Solat malam merupakan satu kemestian, walaupun dia memerah susu unta, walaupun dia memerah susu biri-biri. Dan waktu selepas solat ‘Isyak yang akhir, ialah sebahagian dari waktu malam. [Riwayat Al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5285]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman