Solat lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat (minggu seterusnya)

TEKS BAHASA ARAB

الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، وأداء الأمانة؛ كفارة لما بينهما. قال أبو أيوب: وما أداء الأمانة؟ قال: غسل الجنابة؛ فإن تحت كل شعرة جنابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat (minggu seterusnya), menunaikan amanah adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya. Aku bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan amanah? Baginda menjawab: Mandi junub. Sesungguhnya di bawah setiap rambut itu ada junub (iaitu kotoran).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284 – 285, hadis nombor 1484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، وأداء الأمانة؛ كفارة لما بينهما. قال أبو أيوب: وما أداء الأمانة؟ قال: غسل الجنابة؛ فإن تحت كل شعرة جنابة)).
[ه، السراج في ((مسنده))، ابن نصر في ((الصلاة))، ((الضعيفة)) (3801)]

(Lemah) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Solat lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat (minggu seterusnya), menunaikan amanah adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya. Aku bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan amanah? Baginda menjawab: Mandi junub. Sesungguhnya di bawah setiap rambut itu ada junub (iaitu kotoran).
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Sarraj dalam Musnad beliau dan Ibn Nasr dalam al-Solah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3801]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs