Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصلواتُ الخَمْسُ، والجُمُعةُ إلى الجُمُعةِ، وأداءُ الأمانةِ؛ كَفَّارَةٌ لِمَا بينَهما. قال أبو أيوبَ: وما أداءُ الأمانةِ؟ قال: غُسْلُ الجَنابةِ؛ فإنَّ تَحْتَ كلِّ شَعْرَةٍ جَنابةً.
Teks Bahasa Melayu
Solat lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat (minggu seterusnya), menunaikan amanah adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya. Aku bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan amanah? Baginda menjawab: Mandi junub. Sesungguhnya di bawah setiap rambut itu ada junub (iaitu kotoran).
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284 - 285, hadis no. 1484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه - أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، وأداء الأمانة؛ كفارة لما بينهما. قال أبو أيوب: وما أداء الأمانة؟ قال: غسل الجنابة؛ فإن تحت كل شعرة جنابة)). [ه، السراج في ((مسنده))، ابن نصر في ((الصلاة))، ((الضعيفة)) (3801)]
(Daif) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Solat lima waktu, solat Jumaat sehingga solat Jumaat (minggu seterusnya), menunaikan amanah adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya. Aku bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan menunaikan amanah? Baginda menjawab: Mandi junub. Sesungguhnya di bawah setiap rambut itu ada junub (iaitu kotoran). [Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Siraj dalam Musnad beliau dan Ibn Nasr dalam al-Solah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3801]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman