Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجُمُعَةُ على الخَمْسِينَ رَجُلاً وَلَيْسَ على مَا دُونَ الخَمْسِينَ جُمُعَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Solat Jumaat wajib untuk 50 orang lelaki dan tidak wajib Jumaat bagi bilangan kurang daripada 50 orang lelaki.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 31, hadis no. 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah satu pendustaan yang jelas. Kesemua hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan bilangan yang menjadikan sahnya solat Jumaat adalah tidak ada asalnya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman